Sunday 22 December 2013

Bride to Be (Part 2)

BILA TARIKH NIKAH NI?

Dah setel merisik tu.. lega la kan.. pasai dah lepas satu level.. kira macam kalau main game tu bila dah lepas level 1 tu tak sabaq la kan nak p level 2 pulak..

Bila keluarga pihak laki (Faiz) dah sampai Kelantan.. so abang Yana pon cakap la.. Nanti depa telefon bagitau tarikh untuk majlis.. La rupanya depa punya bincang lama tadi.. tarikh pon tak dak ka? Haru sungguh aih.. Dah tu bila nak boleh kawen ni?

Hurm xpala.. nak buat lagu mana kan.. kita tunggu je la depa tepon habaq mai.. Bukan gatai nak kawen.. Cuma x sabaq ja.. hahaaa

Monday 9 December 2013

Bride to Be 2014 (Part 1)

MERISIK - Depa nak mai Kedah !

Selalunya ikut mak, makcik, makngah n segala mak2 pergi merisik untuk sedara2.. Tapi kali ni giliran Yana pula dirisik.. Hoi.. nak cerita debar macam mana pun tak tau la.. Hanya Allah je la yang tau.. 5 Disember 2013 (Khamis) dah amik cuti untuk gerak balik kedah dah.. Masa ni xde la lagi perasaan berdebar tu.. Kat kepala terngiang-ngiang soalan kawan opis tadi.. Dia tanya "Yana nak letak mas kahwin berapa?" "Duit belanja plak berapa?"

Memang la Yana tak terfikir pun semua tu kan.. Yana buat keputusan nak serahkan semua dekat abang sulung Yana selaku wali Yana kan.. Tapi kenapa abang? bukan ayah? Sebab arwah ayah meninggal dunia pada 4 April 2006.. So abang la yang terpaksa ambil alih tanggungjawab ayah ni..

Family sebelah lelaki gerak dari Kelantan hari jumaat 6 Disember 2013.. Masa tu dalam hati tak henti-henti berdoa supaya Allah selamatkan perjalanan mereka ke Kedah.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Petang tu dapat panggilan dari Ummi (Bakal Mak Mertua) cakap dorang selamat sampai dan tengah setup program untuk petang ni.. Lega rasa.. Dorang check in kat Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.. Dengan alasan Abah (Bakal Pak Mertua) selalu main golf kat situ.. Haha..
 
7 Disember 2013 (Sabtu), Family sebelah lelaki selamat sampai ke rumah abang pada jam 11.15 pagi.. Mak kata "Awainya depa mai.. tak dan nak siap apa lagi ni.." haha.. mak kan.. kalau boleh setiap majlis anak dia nak sempurna.. Tapi apakan daya.. semua tu kan perancangan jew.. Allah Yang Maha Mengetahui.. Lepas semua menjamu selera, kini tiba saat yang dinantikan.. Sesi berbincangan pun bermula.. Yana tak de la duduk sama kat situ.. Yana mesti la kat dapur ala-ala perempuan melayu terakhirkan..

Keputusan telah pun dibuat dan kata sepakat pun telah diperoleh.. Maka dengan ini :-
1. Belanja hangus/perkahwinan RM10,000.00 sahaja
2. Mas Kahwin RM2,224.00 sahaja